Di kala hidupku tertekan
mengaburi pedoman
KepadaNya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan
Ku serah takdir ditangannya
mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..
Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi
Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini
Ku berserah takdir ditangannya
mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..
Dia di hatiku selalu
Memberikanku petunjuk apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
pasti ada hikmah diakhirnya
indah lirik lagu ni..penuh makna tersirat ..betapa kadang2 manusia tidak tahan di uji..sedangkan Allah berfirman
"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)"
"..Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At-Taghaabun:11)
Kenapa UjianNya Berat? - "..Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)
semoga kita sama2 dapat manfaat dari perkongsian ini..sebagai peringatan buat saya terutamanya..
3 comments:
Setiap ujian insyaAllah ada hikmah yang mengiringinya..
Ujian Ilahi yang diharung dengan sabar, redha dan taqwa adalah pahala bg yang menerimanya..
Wallahua'alam.. :D
Kak zefa dtg lagi... :D
ye kak selamat datang..terima kasih sudi datang..
Post a Comment