Alkisahnya malam tadi hero aku meragam..xleh tdo..so layan punya layan..asyiklaa..sebut mak wiwi..wiwi (tv) tertekanla channel tanyalah ustaz . kali ni ustaz Hassan Din al-Hafidz, cerita pasal nazar. beliau berkata nazar adalah mewajibkan perkara yang tidak wajib. namun nazar tidak dibenarkan atas perkara yang haram sebagai contoh bernazar mahu berzina..ini tidak dikira sebagai nazar.
Beliau memberi panduan bernazar. Ulamak sepakat mengatakan nazar hendaklah sebaik2nya
1) tidak ditetapkan bila
2) tidak ditetapkan dimana
3) tidak ditetapkan berapa
manakala cth NAZAR yang paling mudah adalah
1) beri'itikaf
2) berpuasa
(tanpa menetapkan bila,dimana,dan berapa banyak)
beliau memberi nasihat supaya NAZAR tidak menyusahkan atau yang mustahil untuk dilakukan..sebagai contoh yang beliau berikan..
1) seorang anak muda bernazar sekiranya beliau mendapat pekerjaan beliau akan solat jumaat di masjid negara 3 minggu berturut2, ditaqdirkan Allah beliau mendapat kerja di Ipoh..ini sudah memudaratkan..bagaimana dia dapat menunaikan nazarnya
2) seorang lelaki yang bernazar apabila sampai di makkah, beliau bernazar untuk masuk ke gua Hira'..sedangkan gua hira' letak diatas bukit..yang tinggi..ini melibatkan keupayaan seseorang.
NAZAR juga bukanlah sesuatu yang diletakkan atas perkara wajib sebagai contoh bernazar untuk solat zuhur..maka ini bukan dinamakan NAZAR.
KIFARAH/DENDA JIKA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN NAZAR
ni ambik kat tempat lain sbb masa tu tgah mamai..tak ingat apa ustaz cakap..huhu
hendaklah membayar kifarah nazar sebagai penebus nazarnya tadi. Berikut adalah kifarah nazar yang perlu dijelaskan:
- Memberi makan kepada 10 orang miskin atau
- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau
- Memerdekakan seorang hamba atau jika tidak mampu
- Berpuasa 3 hari
Namun
begitu, jika tidak mampu untuk melakukan salah satu daripada
ketiga-tiga kifarah tersebut, maka hendaklah berpuasa tiga hari, dan
menurut Imam Syafi'i ia tidak disyaratkan berturut-turut.
sumber:http://kemusykilan.islamgrid.my/questions/view/36479
semoga dapat memberi manfaat kepada kawan2 yang membaca blog ini. Wallhua'alam
0 comments:
Post a Comment