lirik pelik kerja tuhan : Diwani
mari kita dengar pekerjaan tuhan
kita pun tidak tahu hikmah sebenarnya
tapi kita yakin setiap kejatuhan
mesti berhikmah dan ada pengajaran
jika kita tak dapat menyingkap rahsianya
mari kita lihat sedikit kerja tuhan
walaupun sedikit tetap ada hikmahnya
memang pelik dan unik kerja tuhan
apabila allah taala murka pada seseorang
dididorongnya seseorang itu berlaku zalim agar dia derhaka dan berdosa
bila tuhan cinta pada seseorang
dia dizalimi oleh seseorang maka diapun mendapat pahala untuk menghapuskan dosanya
begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj
ertinya mendapat rezeki secara murka
kemudian dialihkan sebahagian rezeki kepada seseorang yang bertaqwa dengan tidak ikhlas
yang diberi mendapat pahala kerana dia bersyukur
anehkan yang memberi tidak dapat pahala yang diberi dapat pahala begitulah seterusnya
sebagai contoh lagi apabila tuhan murka pada seseorang
didorongnya orang itu memaki seseorang kemudian bila tuhan cinta seseorang
dibiarkan dia dimaki oleh orang. mengapa orang yang Allah murka
dibenarkan menyusahkan orang tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang
anehnya kerja tuhan kalau kita tidak paham mungkin kita menyalahkan tuhan .
maha besarnya sucinya tuhan daripada melakukan kesalahan
1 comments:
ada tak nasyid peliknya kerja tuhan..... bertahun saya cari tak jumpa. cd saya calar....so dok cari lama dah.... dalam youtube pun tak ada ... kena haramka lagu ni....
Post a Comment