CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Thursday, May 6, 2021

TUJUAN HIDUP DAN GELISAH

 Statistik covid-19 semakin meningkat..hari-hari hati risau..risaukan anak, risaukan suami, risaukan ibu bapa..risau kalau dijangkiti macamana, kalau saya mati sebab covid ,macamana, kalau itu..kalau ini.. dalam kerisauan jumpa ceramah ustaz azhar idrus

merawat kerisauan hati 

dengar ceramah ni macam kelakar tapi sangat banyak betulnya..apa yang saya risaukan ...banyak yang saya risaukan mana lebih banyak dengan nikmat Allah yang saya ada. risau yang tak berpenghujung bukan boleh selesaikan masaalah covid ni..saya tiada kuasa atas masaalah ini. hanya Allah sahaja yang berkuasa dan mengatasi segalanya. saya dah usaha jaga SOP, saya dah berdoa(dan terus berdoa) Moga Allah lindungi diri saya dan orang lain dari penyakit ini. selebihnya saya boleh serah pada Allah sahaja. sebaiknya saya gunakan masa untuk berfikir tentang perkara yang merisaukan itu dengan berzizkir dan berfikir tentang kebesaran Allah. 

tujuan hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah. tenanglah dan redha lah. Dunia ini bukan tujuan tapi satu perjalanan..ia pasti akan ditinggalkan samaada saya setuju atau tidak. Semoga saya terus  tidak putus berzikir dan berusaha membuat perkara yang berada dalam kemampuan saya yang boleh menjadi bekal saya kembali kepada Allah. Ya Allah jauhkanlah hati saya dari terus mencintai dunia..jadikanlah saya mencintaiMU Allah melebihi segalanya..aamiin


Cara Menghilangkan Kesedihan Masa Lalu dan Ketakutan Masa Depan | ceramah ustadz abdul somad 2021

0 comments:

Post a Comment