Setelah beberapa kali mendengar perkongsian ceramah online berkenaan personaliti, depresi, dan tekanan mental alhamdulillah Allah beri sedikit pemahaman. Sejak kecil saya percaya dan pegang mesti dengar kata2 orang yang lebih tua/ berkuasa , hormat dan patuh. semua orang yang lebih tua/berkuasa/ berkedudukan buat betul dan jika berlaku percanggahan saya perlu mengaku saya salah dan meminta maaf. Sehingga lah berkahwin saya masih lagi ada pemahaman itu..menjadikan kadang berlaku tekanan kerana ia menganggu emosi saya bila saya buat benda yang betul tetapi masih dihukumkan salah.
Alhamdulillah betullah mencari ilmu itu jalan seumur hidup..dan dikurniakan seorang kawan yang selalu memberi kekuatan pada saya , saya betul dan x perlu hukum diri atas perkara yang saya tidak buat, dan mengajar saya perlu meyayangi diri. Sebelum berkawan dengannya saya selalu fikir keutamaan saya terakhir mesti berkorban kegembiraan saya untuk orang lain.
Alhamdulillah juga Allah beri saya kesedaran menjaga diri sendiri, menghormati diri sendiri, menyayangi diri sendiri adalah keutamaan , kemudian baru kepada insan terdekat saya.
0 comments:
Post a Comment