CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 16, 2016

BAHAGIA PERLU DICARI....

Bahagia perlu dicari...betul kan... dah 2 bulan lebih duduk tempat baru(opis) ..bezaaaaaa...sangat ngan suasana dulu..ada ramai sekarang tggal 8 orang jek..hari2 mengadap orang yang sama..xde dah geng mak2 yang happening..heheheheh..tapi lebih baik kurang  dosa skit kot sebab datang opis..duduk...rehat..solat..duduk..balik..xde session borak2 sangat bila dah hari2 jumpa orang yang sama..senyap..aku kembali jadi anti sosial..kekekek..x knal orang..diam..diam...nyorok belakang monitor..heheehh..life must go on..terus kan fokus,kerja..kerja..carik idea baru..bosan dengar radio, atau g shopping kat luar sekali sekala bahagia perlu dicari..ye tak? selamat berpuasa!!

Hadapi suami KURANG RAJIN secara bijak

Hadapi suami KURANG RAJIN secara bijak


sitizarinah@hmetro.com.my
Setiap pasangan dikurniakan teman hidup yang berbeza perangai dan sifat. Ada suami terlalu rajin melakukan kerja rumah sehinggakan isteri tidak dibenarkan bekerja.
Ada pula suami terlalu pemalas sehinggakan semua perkara diserahkan kepada isteri untuk melakukannya. Bagi kaum Hawa sudah pasti ia menguji kesabaran. Dalam hal ini untuk saling menyalahkan antara satu sama lain sebenarnya tidak akan membantu.
Sebagai isteri apa yang boleh anda lakukan adalah mencari penyelesaian bagi mengatasinya iaitu dengan cara memberi motivasi kepada suami. Ini kerana mungkin cara dia dibesarkan sejak kecil berbeza menyebabkan dia langsung tidak tahu melakukan kerja rumah.
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya:
1. Jangan marah
Walaupun anda kecewa dengan suami kerana tidak mahu membantu kerja di rumah, membentak atau marah bukan cara terbaik untuk mengatasinya. Apa yang boleh anda lakukan adalah minta secara perlahan-lahan dengan diplomasi.
2. Dengar alasannya
Suami yang malas tentu mempunyai pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukan kerja di rumah. Jangan berdebat dengan alasan yang diberikannya kerana itu hanya sia-sia. Sebaik-baiknya dengar dulu semua alasan yang diberikan suami.
3. Motivasi suami
Jika suami tidak suka melakukan tugas yang diminta, tawarkan kerja lain yang boleh dilakukan. Jika dia boleh melakukan sesuatu yang membuatkannya selesa lama-kelamaan dia pasti melakukannya dengan sendiri.
4. Jelaskan
Jika sifat malas membuatkan keadaan rumah kotor jelaskan kepadanya ia tidak baik untuk kesihatan. Jelaskan apa saja yang anda rasakan dan apa yang akan terjadi dalam rumah tangga disebabkan sifat malasnya itu. Semoga dengan cara ini suami faham dan mahu berubah.
5. Biar suami pilih apa yang ingin dilakukannya
Sifat lelaki biasanya tidak suka disuruh atau dipaksa. Jadi jika kemalasannya berkaitan dengan tugas dalam rumah, anda boleh memberinya peluang memilih tugas sendiri, supaya anda tidak kelihatan seperti bos.
Jelaskan padanya urusan mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri saja. Semua orang yang tinggal di rumah anda mempunyai peranan yang sama untuk menjaga rumah supaya bersih dan selesa.
6. Buat jadual tugas
Apa yang boleh dilakukan adalah buat daftar tugas di rumah dan apa yang perlu suami lakukan. Tunjukkan pada suami dan bawa berbincang. Minta bantuan suami menyelesaikan beberapa pekerjaan berat yang memang hanya mampu dilakukan lelaki.
7. Jangan malu minta bantuan
Umumnya, wanita malu meminta bantuan suami, padahal ketika itu dia terlalu penat. Hapuskan perasaan ini supaya anda tidak terbeban dengan tugasan di rumah yang lama kelamaan boleh menyebabkan anda berasa tertekan. Oleh itu minta bantuan suami dengan cara paling lembut.
8. Ucapkan terima kasih
Kebiasaannya lelaki enggan melakukan kerja rumah kerana malu dan berasa harga dirinya berkurang dengan melakukan pekerjaan itu. Mereka tidak sedar semua isteri akan berasa bangga dan gembira apabila suami sudi meringankan tangan membantu mereka.
Justeru, anda perlu ucapkan ayat manis menyatakan betapa beruntungnya anda mempunyai suami yang rajin. Jangan lupa ucapkan terima kasih selepas suami selesai melakukan kerja rumah. Bahkan tidak salah mengucapkan terima kasih sebelum dan ketika dia melakukan satu-satu tugas yang diminta.
9. Fleksibel dan sabar
Jangan menilai pekerjaan suami. Terima seadanya dan jangan dikritik. Walaupun kurang sempurna tetap ucapkan terima kasih dengan senyuman manis.
10. Beri hadiah
Berikan hadiah sama ada berbentuk barangan atau makan malam bersama di luar. Ini bagi memastikan suami merasa dirinya dihargai.

Monday, May 23, 2016

SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Thursday, February 11, 2016

OKU BOLEH, ANDA YANG SEMPURNA MESTI BOLEH




"BILA KITA FIKIR SUSAH/TIDAK MAMPU/TIDAK BOLEH CUBA LIHAT MEREKA"



LEE THIAM WAH
-memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011)-Lee berkerusi roda semenjak kecil.Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya.Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.

Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit.Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.(SUMBER)



Kecacatan : buta
Graduan sarjana muda sains dalam bidang ekonomi dan sains politik daripada State University of New York pada 1973. Beliau kemudian menerima ijazah sarjana sains (ekonomi) pada 1974 dan Ijazah kedoktoran pada 1977 kedua-duanya daripada University of Illinois.(SUMBER)

KHAIRUL NIZAM BIN WAHIDDIN
CEO /DIRECTOR
Spirit Beauty Sdn Bhd, Momkey Network Sdn Bhd, Hiobat Sdn Bhd
penghidap masalah Saraf dan Tulang Kecil (Lumpuh )
(SUMBER)

-Kecacatan :Kerdil
-pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam IT di UKM.


 

Tuesday, December 15, 2015

KALENDAR GAJI KERAJAAN DAN CUTI UMUM NEGERI SELANGOR

mari merancang untuk tahun 2016 pulak..hahahahahaha


Wednesday, December 9, 2015

Tahan marahmu...



                 Diam...Diam..Diam..x perlu kata apa2..buat saja kerja..x perlu kata apa2..tahan ..tahan..tahan..sambil zikir dalam hati.kalau perlu kau pejam mata pejam lah.....kau akan rasa otot2 marah akan mengendur..kau akan rasa jantung kau berdetak normal dan menenangkan..dan perlahan-lahan kau akan rasa tenang..DIAM..itu saja...

Friday, November 6, 2015

Alahan pada Bayi

Rabu lepas badan anak kedua saya naik merah2..sehingga hari jumaat masih ada lagi..agak pelik sebab kalau alahan ubat saya mula bagi antibiotik sbb dia sakit tekak pada hari isnin. kenapa rabu baru ada kesan. jumaat tengahari saya bawa dia ke klinik berjumpa dr yang sama yang bagi dia ubat. Bila diperiksa dr tu kata ni allergik makanan / sekeliling(habuk/hama dll) . bila diingat semula sebelum merah2 tu naik aiman ada makan junkfood..so rasanya junkfood tu la puncanya. menurut dr junk food ada kandungan yang boleh  menyebabkan sesetengah kanak2 alahan. Jadi berhati2lah dalam memberi makanan pada kanak2. dan kalau jadik macam ni teruslah berjumpa doktor. x yah la nak tanya member2 yang xde ilmu kesihatan. buat hati makin resah. macam2 cerita keluar. anak2 kawan dia kena warded la sbb keracunan allergik..ada yang mati la. ok..ibu2. rujuk pada yang pakar. kalau tak nanti stress tah apa2. salam jumaat