Monday, July 21, 2025
Thursday, July 4, 2024
creating table with inline css in pdf with colfusion tag cfdocument
<cfdocument format="pdf" margintop="0.1" marginbottom="0.1">
<html>
<head>
<style>
table, td {
border: 1px solid thin black;
border-right:none;
border-top: none;
text-align: left;
border-spacing: 0px;
padding:0px;
font:smaller;
}
table {
border-collapse: collapse;
widtd: 100%;
}
td {
border: 0px;
border-top: 1px solid thin black;
border-right: 1px solid thin black;
border-spacing:0px;
padding:5px;
border-spacing: 0px;
font:xx-small;
}
</style>
</head>
<body>
<table cellspacing="0">
<tr>
<td>Firstname</td>
<td>Lastname</td>
<td>Savings</td>
</tr>
<tr>
<td>Peter</td>
<td>Griffin</td>
<td>$100</td>
</tr>
<tr>
<td>Lois</td>
<td>Griffin</td>
<td>$150</td>
</tr>
<tr>
<td>Joe</td>
<td>Swanson</td>
<td>$300</td>
</tr>
<tr>
<td>Cleveland</td>
<td>Brown</td>
<td>$250</td>
</tr>
</table>
<br/>
<table cellspacing="0">
<tr>
<td>Firstname</td>
<td>Lastname</td>
<td>Savings</td>
</tr>
<tr>
<td>Peter</td>
<td>Griffin</td>
<td>$100</td>
</tr>
<tr>
<td>Lois</td>
<td>amat</td>
<td>$150</td>
</tr>
<tr>
<td>Joe</td>
<td>Swanson</td>
<td>$300</td>
</tr>
<tr>
<td>Cleveland</td>
<td>alim</td>
<td>$250</td>
</tr>
</table>
<br/>
<table cellspacing="0">
<tr>
<td>Firstname</td>
<td>Lastname</td>
<td>Savings</td>
</tr>
<tr>
<td>Peter</td>
<td>hidayah</td>
<td>$100</td>
</tr>
<tr>
<td>Lois</td>
<td>hanifah</td>
<td>$150</td>
</tr>
<tr>
<td>Joe</td>
<td>siti</td>
<td>$300</td>
</tr>
<tr>
<td>manjung</td>
<td>Brown</td>
<td>$250</td>
</tr>
</table>
</body>
</html></cfdocument>
output in pdf
Tuesday, May 10, 2022
MEMINTA KEPADA PENCIPTA
4 | Surah AlBaqarah. Ayat 186. ![]() Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku ( Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. seringkali kita berdoa apa yang berkeinginan di hati... namun kita sekadar meminta tanpa kita tahu adakah yang kita minta tu baik ke untuk diri kita..kita biasanya minta apa yang kita suka, yang kita tengok orang lain ada..yang orang lain kata benda tu best/baik/hebat/ diiktiraf...namun adakah kita sedar adakah sesudah kita dapat apa yang kita minta nanti kita dapat jamin yang kita akan rasa puas hati..adakah kita akan berhenti meminta.. dulu...saya pernah berdoa masa saya sekolah rendah..minta Allah.. nipiskan rambut saya..sebab rambut saya sangat tebal,rasa panas bila bertudung, berpeluh, sukar untuk menguruskannya... hakikatnya sekarang Allah sudah memaqbulkan doa saya.. saya sudah menjadi hampir botak...kini saya mencari pula ubat penyubur rambut untuk menumbuhkan semula rambut untuk menutup kebotakan..saya merenung diri sebenarnya saya minta sesuatu yang saya tidak tahu..ia baik atau tidak untuk saya... sudahnya saya mengubah doa saya..kepada Allah..untuk memberikan sesuatu yang Allah tahu ia baik buat saya, dan saya mampu memikulnya, dan saya redha dengannya..dan saya sabar dengannya..dan saya syukur dengannya begitulah kita ciptaan NYA..hanya Allah lah jua yang tahu apa jua yang sebaiknya untuk diri kita ini..bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana janji Allah barang siapa yang bersyukur akan ditambahi nikmatnya وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ Terjemahan Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” surah ibrahim ayat 7 berdamailah dengan taqdir..dan bersangka baiklah dengan masa hadapan (wallahua'alam) |
Thursday, May 6, 2021
TUJUAN HIDUP DAN GELISAH
Statistik covid-19 semakin meningkat..hari-hari hati risau..risaukan anak, risaukan suami, risaukan ibu bapa..risau kalau dijangkiti macamana, kalau saya mati sebab covid ,macamana, kalau itu..kalau ini.. dalam kerisauan jumpa ceramah ustaz azhar idrus
dengar ceramah ni macam kelakar tapi sangat banyak betulnya..apa yang saya risaukan ...banyak yang saya risaukan mana lebih banyak dengan nikmat Allah yang saya ada. risau yang tak berpenghujung bukan boleh selesaikan masaalah covid ni..saya tiada kuasa atas masaalah ini. hanya Allah sahaja yang berkuasa dan mengatasi segalanya. saya dah usaha jaga SOP, saya dah berdoa(dan terus berdoa) Moga Allah lindungi diri saya dan orang lain dari penyakit ini. selebihnya saya boleh serah pada Allah sahaja. sebaiknya saya gunakan masa untuk berfikir tentang perkara yang merisaukan itu dengan berzizkir dan berfikir tentang kebesaran Allah.
tujuan hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah. tenanglah dan redha lah. Dunia ini bukan tujuan tapi satu perjalanan..ia pasti akan ditinggalkan samaada saya setuju atau tidak. Semoga saya terus tidak putus berzikir dan berusaha membuat perkara yang berada dalam kemampuan saya yang boleh menjadi bekal saya kembali kepada Allah. Ya Allah jauhkanlah hati saya dari terus mencintai dunia..jadikanlah saya mencintaiMU Allah melebihi segalanya..aamiin
Cara Menghilangkan Kesedihan Masa Lalu dan Ketakutan Masa Depan | ceramah ustadz abdul somad 2021
Tuesday, March 30, 2021
PANDEMIC COVID 19 BANYAK IBRAH KEPADA MANUSIA
Masih lagi seluruh dunia sibuk dengan isu pandemic..masih lagi bekerja dari rumah, belajar dari rumah, ramai yang diberhentikan kerja, ramai jugak yang membina perniagaan. Satu benda bila kita lihat benda tu musibah pada satu kelompok tapi kadangkala ia rahmat buat yang lain. Betapa Allah maha kuasa..DIA tau apa yang terbaik untuk hambanya. Teruskan bersyukur dengan apa yang ada kerana Allah dah janji kalau kita hambanya bersyukur dia akan tambahkan lagi nikmat. Sabar dan terus sabar kerana dalam musibah akan ada janji yang indah. Tak semua masaalah boleh diselesaikan. Ada masaalah yang diberi hanya untuk dihadapi, bukan untuk diselesaikan. Jangan cari kekurangan kerana kalau dicari ia pasti jumpa, carilah kelebihan, Allah maha baik..Teruskan perjalanan selagi nafas masih ada.
Thursday, February 11, 2016
OKU BOLEH, ANDA YANG SEMPURNA MESTI BOLEH

Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit.Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.(SUMBER)
Graduan sarjana muda sains dalam bidang ekonomi dan sains politik daripada State University of New York pada 1973. Beliau kemudian menerima ijazah sarjana sains (ekonomi) pada 1974 dan Ijazah kedoktoran pada 1977 kedua-duanya daripada University of Illinois.(SUMBER)
![]() |
KHAIRUL NIZAM BIN WAHIDDIN CEO /DIRECTOR Spirit Beauty Sdn Bhd, Momkey Network Sdn Bhd, Hiobat Sdn Bhd |
(SUMBER)

-pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam IT di UKM.
Thursday, July 2, 2015
UNTUK HATI TENANG
7 Kunci menuju ketenangan hati :
1. Jangan tergantung pada orang lain. Tergantunglah pada Tuhanmu.
2. Jangan berburuk sangka orang lain akan membicarakan/menghinamu. (berpikirlah positif)
3. Jangan selalu mengingat penyesalan di masa lalu.
4. Jangan menyimpan kemarahan, dendam dan kebencian.
5. Jangan menyimpan rasa dengki, cemburu dan iri hati.
6. Jangan membiasakan sikap terburu buru. Maka dari itu manage-lah waktumu.
7. Jangan khawatir akan hari esok. Tuhan menjanjikan masa depan, dan harapan kita tidak akan pernah lenyap.
Tuesday, April 21, 2015
Bila suami outstation
antara langkah yang selalu diambil.
1) tidur awal. bangun awal- supaya anak2 tak bnyak bunyi lampu akan dimatikan seawal mungkin, untuk mengurangkan keaktifan hero2 tu..pastu layan tv sampai semua tertido.
2) cari masa basuh baju sikit2..sebelah malam supaya weekend x teruk nak basuh baju banyak2. dan boleh spend masa ngan hero malaya 2 orang tu.
3) cuba luangkan masa sebanyak mungkin untuk si abang supaya dia gembira dan tak asyik tanya pasal abahnya..belikan apa yang dia suka. bawak dia pergi taman, bagi dia call abah nya selalu supaya hilang rindu dia.
4) sentiasa berdoa selepas solat mintak Allah tolong mudahkan tiap urusan, lembutkan hati anak2 supaya mudah diuruskan
5) guna waktu rehat(selalunya jumaat) untuk p beli barang yang diperlukan (keperluan asas)-supaya tak susah nak beli barang bila ada anak2
6) jarang masak-prefer beli sebab yang makan x ramai dan mengurangkan penat supaya ada masa untuk anak2
7) sentiasa positip ai can do it
8) sentiasa pastikan nombor2 penting disimpan dalam telepon dan sentiasa pastikan bateri telepon penuh dan ada kredit(jika pakai prepaid) supaya jika berlaku kecemasan mudah nak hubungi bantuan
-ni sebab ada pengalaman keta rosak kat highway..mujur Allah mudahkan. call mekanik pastu dia bagi no tow. hantar kat kedai dia. and....sila pastikan anda sentiasa simpan duit untuk kecemasan dalam wallet.
9) sematkan dalam hati dan fikiran. Aku milik Allah, Allah akan bantu aku bila aku memerlukan..dan yakin bantuan pasti ada.
huhuhu positip hokay..abah adam nak ostation lagi..bersabarlah wahai hati
Monday, March 30, 2015
rezeki dan ketenangan
Manusia selalu mentafsirkan rezeki sebagai harta kekayaan atau keuntungan atau gaji dari hasil sesuatu pekerjaan. Pada hakikatnya pengertian rezeki lebih luas ia itu segala keperluan hidup seperti keamanan, kebahagiaan, ketenangan, perlindungan, keamanan, ilmu, sifat-sifat terpuji saperti ikhlas, reda, syukur, tawadhu, khusu' dalam sembahyang dan sebagainya.Secara umumnya rezeki adalah segala pemberian atau nikmat yang diberikan Allah kepada hambanya.
Mengenai rezeki yang berupa harta kekayaan, ada orang mendapat rezeki yang berkat ada juga yang membawa celaka. Untuk mendapat keberkatan rezeki tersebut semestinya diperolehi dengan cara-cara yang halal dan ditambah dengan rasa kesyukuran, sementara rezeki yang tidak berkat diperolehi dengan cara yang tidak dibenarkan syara' dan diiringi dengan tamak haloba dan sangat mementingkan kebendaan sehingga lupa kewajiban dan tuntutan syara'. Rezeki yang berkat akan menambahkan kedamaian, memperkukuhkan keimanan dan membentuk akhlak dan peribadi yang terpuji, memberikan kepuasan,memberikan kesihatan mental fizikal dan spritual. Ia juga akan memberi pengaruh terhadap ketenteraman, keamanan,sejahtera, keharmonian dan kehidupan berkeluarga, anak isteri patuh dan mendengar cakap, tidak mendatangkan masalah. Malahan rezeki yang berkat juga berperanan terhadap masyarakat dan negara saperti yang di alami oleh Negeri Saba'. Rakyatnya rukun damai,tanahnya subur,pohon-pohonnya berbuah.
Perlu dinyatakan bahawa Allah adalah pemberi rezeki kepada semua makhluk. Manusia sesungguhnya tidak mampu melakukannya, untuk memberi makan semua ikan di laut saja kita tidak akan sanggup. Perkara ini membuktikan bahawa kemampuan dan keupayaan manusia adalah terbatas. Tugas manusia berusaha tetapi yang menentukan usaha tersebut berhasil atau gagal, mendapat rezeki atau tidak, banyak atau sedikit adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala.
Dalam Surah Al Isra ayat 70 Allah berfirman yang bererti:
" dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami berikan mereka rezeki yang baik".
Dalam Surah Hud ayat 6 Allah berfiman:
" Dan tidak ada satupun binatang yang melata dibumi ( yang tidak dapat rezeki) melainkan Allah yang memberi rezekinya"
Firman Allah Surah Saba' ayat 24 :
" Katakanlah olehmu ( wahai Muhammad) siapa yang memberi rezeki dari langit dan bumi? Katakan " Allah".
Firman Allah Surah Al Isra' ayat 31:
" Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan miskin. Kamilah yang akan memberikan rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu.
Oleh kerana yang memberi dan mengatur rezeki tersebut hanya Allah, maka sebagai orang yang beriman kita perlu membaiki hubungan kita kepadaNya di samping membaiki hubungan sesama manusia dan sesama makhluk yang lain.
Dalam halaman-halaman berikut dicatatkan beberapa amalan yang boleh mendatangkan rezeki yang luas dan berkat.
AMALAN - AMALAN MURAH REZEKI
1.Bertaqwa dan beribadat kepada Allah
a. Bertaubat dan beristighfar
b. Menunaikan solat fardhu dan mengamalkan solat sunat terutamanya Solat Hajat dan Solat
Dhoha.
c. Berpuasa
d . Bersyukur
e. Bertawawakkal
f. Membaca Al Quran, berdoa dan berzikir
3.Membuat kebajikan kepada manusia
a. Bersedekah
b. Memberi nafkah kepada ahli keluaga
c. Membayar zakat
d. Memanfaatkan harta di jalan Allah
f. Membantu orang yang kesusahan
Perkara yang akan diberikan tumpuan di sini ialah beberapa amalan yang berupa ayat-ayat Al quran, Hadith-hadith, doa-doa dan zikir-zikir yang Insya Allah apabila diamalkan akan dikurniakan rezeki yang luas halal dan berkat.
1. Wiridkan Al Fatihah 41 kali di antara Sunat Subuh dan fardhu Subuh. Adalah lebih baik diamalkan 40 hari berturut-turut. Insya Allah akan mendapat rezeki yang luas.
2. Baca Surah Al Fatihah 7 kali, Ayat Kursi 7 Kali, Surah Al Kafirun 7 Kali, Surah Al Ikhlas 7 kali,
Surah Al Falaq 7 kali dan Surah An Naas 7 kali selepas Solat Jumaat ( sebelum mengubah kedudukan. Insya Allah diampunkan segala dosa, terpelihara hingga ke Jumaat hadapan dan dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga.
3. Baca Surah Al Fatihah pada setiap awal bulan Hijrah bermula hari Ahad. Dibaca Hari Ahad 70 kali, Hari Isnin 60 Kali, Hari Selasa 50 kali, Hari Rabu 40 kali, Hari Khamis 30 kali, Hari Jumaat 20 kali dan Hari Sabtu 10 kali insya Allah murah rezeki, kaya raya dan terbuka segala pintu kebaikan.
4. Baca Al Fatihah 1000 kali insyaAllah murah rezeki, mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi.
5. Baca Bismillah 300 kali ketika matahari terbit ( menghadap matahari) dan solawat 300 kali insya Allah dimurahkan rezeki dan dikurniakan kekayaan zahir dan batin.Mujarrab.
6. Baca Ayat Al Kursi 170 selepas solat atau tengah malam kemuadian baca Ya Kaafiyu Ya Ghaniyu Ya Fattahu Ya Razzak 3000 kali insya Allah dikurniakan pangkat,dibebaskan dari belenggu hutang. Mujarrab!
7. Baca Surah Aali Imran ayat 26 -27 selepas solat fardhu, solat sunat, sebelum tidur dan baguan tidur, Insya Allah akan diluaskan rezeki, diberkati, dinaikkan pangkat.
8. Baca Surah Aali Imran ayat 37 atau tulis dengan memecahkan huruf-hurufnya,kemudian di letakkan di kedai, insya Allah jadi pelaris. Sebaiknya di tulis 50 wau bersama huruf-huruf tersebut
9.Amalkan selalu akhir ayat 73- 74 atau tulis kemudian di letakkan dikedai insya Allah laris jualan, dikabulkan hajat.
10. Baca ayat di atas 100 kali selepas solat Subuh pada Hari Jumaat, nescaya dilimpahkan rezeki lahir dan batin hingga Jumaat akan datang.
11. Amalkan Surah Aali Imran ayat 173-174 insya Allah dikasihi dan diluaskan rezeki.
12. Baca Surah Al Waqiah 3 kali selepas Isya Insya dihindarkan dari papa kedana serta diluaskan rezeki.
Tuesday, November 12, 2013
SETIAP KEKURANGAN ADA KELEBIHAN..(DUNIA AUTISM)- I AM DIFFERENT. NOT LESS -TEMPLE GRANDIN
Autism is a disorder of neural development characterized by impaired social interaction and verbal and non-verbal communication, and by restricted, repetitive or stereotyped behavior. The diagnostic criteria require that symptoms become apparent before a child is three years old.[2] Autism affects information processing in the brain by altering how nerve cells and their synapses connect and organize; how this occurs is not well understood.[3] It is one of three recognized disorders in the autism spectrum (ASDs), the other two being Asperger syndrome, which lacks delays in cognitive development and language, and pervasive developmental disorder, not otherwise specified (commonly abbreviated as PDD-NOS), which is diagnosed when the full set of criteria for autism or Asperger syndrome are not met.[4]
tu lah maksud autism. nak dalam bahasa melayu sila google translate ye.hehehehe. Bila tengok cerita ni yang diadaptasi semula dari kisah sebenar. Rasa sangat kagum tengok cara Temple ni berfikir dan membawa diri dia kepada kejayaan. Mak dia selalu ajar dia . i am different, not less. itu ayat yang dia selalu ulang. dan sangat terharu tengok cara mak dia tenangkan dia dan sangat sabar dengan perangai dia. yang aku rasa aku mesti cuba contohi. Temple grandin ni ada hasilkan bnyak buku dan sesapa rasa nak tau lebih boleh la baca buku beliau atau tgok citer dia. http://www.templegrandin.com/
“Hikmah itu adalah barang tinggalan milik orang mukmin, siapa sahaja yang menemuinya, maka dialah yang lebih berhak keatasnya.”
Wednesday, June 26, 2013
lirik pelik kerja tuhan
mari kita dengar pekerjaan tuhan
kita pun tidak tahu hikmah sebenarnya
tapi kita yakin setiap kejatuhan
mesti berhikmah dan ada pengajaran
jika kita tak dapat menyingkap rahsianya
mari kita lihat sedikit kerja tuhan
walaupun sedikit tetap ada hikmahnya
memang pelik dan unik kerja tuhan
apabila allah taala murka pada seseorang
dididorongnya seseorang itu berlaku zalim agar dia derhaka dan berdosa
bila tuhan cinta pada seseorang
dia dizalimi oleh seseorang maka diapun mendapat pahala untuk menghapuskan dosanya
begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj
ertinya mendapat rezeki secara murka
kemudian dialihkan sebahagian rezeki kepada seseorang yang bertaqwa dengan tidak ikhlas
yang diberi mendapat pahala kerana dia bersyukur
anehkan yang memberi tidak dapat pahala yang diberi dapat pahala begitulah seterusnya
sebagai contoh lagi apabila tuhan murka pada seseorang
didorongnya orang itu memaki seseorang kemudian bila tuhan cinta seseorang
dibiarkan dia dimaki oleh orang. mengapa orang yang Allah murka
dibenarkan menyusahkan orang tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang
anehnya kerja tuhan kalau kita tidak paham mungkin kita menyalahkan tuhan .
maha besarnya sucinya tuhan daripada melakukan kesalahan

Thursday, January 17, 2013
SIKIT TAPI CUKUP, BANYAK TAPI HABIS
Bila dapat gaji/pendapatan :
1)simpan 2) belanja 3) sedekah
mudah2an info ini dapat memberi manfaat kepada pembaca blog ni.
-CUKUP BUKAN BERMAKNA BANYAK...-
Tuesday, January 15, 2013
PENGHANTARAN MAKANAN KE OPIS
zaman dah makin maju sampai order makan hantar kat opis pon ada. tapiiiiiiiiiii..kat area opis aku xde..so sila makan kat cafe bawah..hehehhe.tapi makin mudah cam ni makin malas manusia kan..kurang berpeluh..kurang bergerak..apa pun setiap sesuatu ada pro n cons..sila lah cuba foodpanda.my dalam malaysia je ye..dan ada kawasan tertentu sahaja yang dia cover..yang aku paham mereka ni macam pihak ketiga la yang akan belikan makanan yang kita nak dan hantar. Namun ada restoran2 tertentu sahaja yang terlibat. apa2 pon sila lah layari http://foodpanda.my untuk maklumat lanjut. haaa satu lagi adalah magkuktingkat.com. semoga info ini berguna ye..
Wednesday, September 12, 2012
AKHIRNYA...SELAMAT HARI PROGRAMMER
yeahhhhhhhhhhhhhhh akhirnya aku jumpa hari programmer..yess..yess..yess..buat kawan2 seangkatan HAPPY PROGRAMMERS DAY!!!!!!!...akhirnya..hahahha(mood sewel)
Friday, August 10, 2012
PERKARA YANG MENJAMIN KEBAHAGIAAN HIDUP
antara perkara yang menjamin kebahagiaan hidup berdasarkan hadith nabi
1-Pasangan hidup yang soleh/solehah (diri sendiri pon kena soleh/solehah jugak lah ye)
2-Rumah yang selesa(tak kira la sewa atau beli)
3-Kenderaan yang elok (kata ustaz ni elok maksudnya x semestinya baru tapi kenderaan tu x meragam)
4-Jiran yang baik
So boleh la timbang2 adakah kita sudah bahagia..dengan ciri2 diatas..simple je kan nak bahagia..x yah wang berjuta,umah besau segudang,keta mahai..cuma sedikit kita perlukan untuk bahagia..SYUKURLAH selalu.., :)
Wednesday, July 25, 2012
PESANAN DR MUHAYA
Celik Mata Reset Minda Suami isteri Bahagia
apa yang buat kita x tenang:
selalu fikir yang xde
selalu fikir yang dah lepas
fokus apa yang salah
selalu fikir apa yang orang hendak untuk kita
takut mati-berdosa
lupa mati-materialistik
ingat mati-beriman
cara lembutkan hati-ingat mati
cari redha Allah dan bukan manusia
faham orang dulu baru orang faham kita
fokus pada apa yang kita hendak beri bukan apa yang hendak dapat
fokus pada penyelesaian bukan masalah
buang semua sifat negatif dalam diri.supaya alam sekeliling mudah buat kita
ORANG BAIK KITA SAYANG, ORANG TAK BAIK KITA DOAKAN DIA
kita mesti sentiasa buat baik sampai orang jemu buat jahat
Ubah diri sendiri baru ubah orang
wanita jangan bajet bagus
kalau kita nak suruh Allah pemurah dengan kita, kita kena pemurah dengan orang
Friday, June 29, 2012
PEMULA LANGKAH
Dunia di hujung sana apa yang tersembunyi
Hanya mendengar cerita hingga termimpi-mimpi
Tak sabar mula kembara lihat dengan sendiri
Muncul pertama indah
Jadi pemula langkah
Turut saja kata hatimu
Pujuklah restu mengirimu
Jauh berjalan merentasi sempadan
Tempuh dugaan dan mengutip pengalaman
Kilauan pedang ribut pasir menggarang
Mengajar diri berani menghadapi cabaran
Hidup tak mudah seperti dirancang
Jika bermimpi biar setinggi langit
Andainya jatuh masih di sambut awan
Bukalah mata lihatlah sekeliling
Masih banyak yang belum dicapai tangan
Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Publishing)
Hakcipta : MDEC
video saladin
Best sangat lagu OST Saladin ni..betul2 membangkitkan semangat..Bila terpk kecilnya ujian yang kita hadapi hari ni berbanding ujian pada zaman Nabi Muhammad dulu..adakah jika aku hidup zaman tu aku boleh bertahan?..bolehkah menjadi sekuat asma' , saidatina fatimah dan lain2..membuatkan aku termenung panjang..mahu syurga tapi baru sedikit ujian tapi macam2 keluhan keluar..bagaimana tu..
"Dunia ini satu perjalanan , Bukan satu destinasi..hayunlah langkah walaupun payah..rentaslah hutan duri, renangilah lautan dalam..barulah nanti dihujungnya berjumpa dengan tempat perhentian yang indah.. "
Thursday, April 5, 2012
MOTIVASI PAGI
sekian untuk hari ni :)
Thursday, October 6, 2011
UJIAN HIDUP
Di kala hidupku tertekan
mengaburi pedoman
KepadaNya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan
Ku serah takdir ditangannya
mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..
Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi
Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini
Ku berserah takdir ditangannya
mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..
Dia di hatiku selalu
Memberikanku petunjuk apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
pasti ada hikmah diakhirnya
indah lirik lagu ni..penuh makna tersirat ..betapa kadang2 manusia tidak tahan di uji..sedangkan Allah berfirman
"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)"
"..Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At-Taghaabun:11)
Wednesday, September 14, 2011
PETUA MURAH REZEKI
1) Minta pada Allah dan yakin Allah akan makbulkan
2) Bangun sebelum subuh - kerana rezeki allah turunkan pada waktu itu
3) Banyakkan Beristighfar
4) Berbuat Baik kepada Ibu Bapa
5) Bnyakkan Bersedekah-kerana sedekah akan menarik rezeki dari Allah..sebabnya bila Allah beri rezeki kita share dgan orang lain so Allah ada sebab nak tambahkan rezeki kita..berbanding kalau Allah bagi guna untuk diri sendiri je..bnyak yang kita beri bnyak juga yang akan kita dapat InsyaAllah..