CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Thursday, July 4, 2024

 creating table with inline css in pdf with colfusion tag cfdocument

 <cfdocument format="pdf" margintop="0.1" marginbottom="0.1"> 

<html>

<head>

<style>

  

table,  td {  

  border: 1px solid thin black;

  border-right:none;

  border-top: none;

  text-align: left;

  border-spacing: 0px;

  padding:0px;

  font:smaller;

 

}


table {

  border-collapse: collapse;

  

  widtd: 100%;

}


td {

border: 0px;

 border-top: 1px solid thin black;

 border-right: 1px solid thin black;

border-spacing:0px;

 padding:5px;

 border-spacing: 0px;

 font:xx-small;

}

</style>

</head>

<body>

<table cellspacing="0">

  <tr>

    <td>Firstname</td>

    <td>Lastname</td>

    <td>Savings</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Peter</td>

    <td>Griffin</td>

    <td>$100</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Lois</td>

    <td>Griffin</td>

    <td>$150</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Joe</td>

    <td>Swanson</td>

    <td>$300</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Cleveland</td>

    <td>Brown</td>

    <td>$250</td>

  </tr>

</table>

<br/>

<table cellspacing="0">

  <tr>

    <td>Firstname</td>

    <td>Lastname</td>

    <td>Savings</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Peter</td>

    <td>Griffin</td>

    <td>$100</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Lois</td>

    <td>amat</td>

    <td>$150</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Joe</td>

    <td>Swanson</td>

    <td>$300</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Cleveland</td>

    <td>alim</td>

    <td>$250</td>

  </tr>

</table>

<br/>

<table cellspacing="0">

  <tr>

    <td>Firstname</td>

    <td>Lastname</td>

    <td>Savings</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Peter</td>

    <td>hidayah</td>

    <td>$100</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Lois</td>

    <td>hanifah</td>

    <td>$150</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>Joe</td>

    <td>siti</td>

    <td>$300</td>

  </tr>

  <tr>

    <td>manjung</td>

    <td>Brown</td>

    <td>$250</td>

  </tr>

</table>

</body>

</html></cfdocument>
output in pdf



Monday, March 4, 2024

MENCARI TENANG


Tuesday, May 10, 2022

MEMINTA KEPADA PENCIPTA

 

4  
Surah AlBaqarah. Ayat 186.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku
maka (beritahu kepada mereka):
 Sesungguhnya Aku ( Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);
Aku perkenankan permohonan
 orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah
 mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan
 hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik
 serta betul.


seringkali kita berdoa apa yang berkeinginan di hati... namun kita
sekadar meminta tanpa kita tahu adakah yang kita minta tu baik ke
untuk diri kita..kita biasanya minta apa yang kita suka, yang kita
tengok orang lain ada..yang orang lain kata benda tu best/baik/hebat/
diiktiraf...namun adakah kita sedar adakah sesudah kita dapat apa yang
kita minta nanti kita dapat jamin yang kita akan rasa puas hati..adakah 
kita akan berhenti meminta..

dulu...saya pernah berdoa masa saya sekolah rendah..minta Allah..
nipiskan rambut saya..sebab rambut saya sangat tebal,rasa panas
bila bertudung, berpeluh, sukar untuk menguruskannya...
hakikatnya sekarang Allah sudah memaqbulkan doa saya..
saya sudah menjadi hampir botak...kini
saya mencari pula ubat penyubur rambut untuk menumbuhkan
semula rambut untuk menutup kebotakan..saya merenung diri
 sebenarnya saya minta sesuatu yang saya tidak tahu..ia baik
 atau tidak untuk saya...

sudahnya saya mengubah doa saya..kepada Allah..untuk memberikan
sesuatu yang Allah tahu ia baik buat saya, dan saya mampu memikulnya,
 dan saya redha dengannya..dan saya sabar dengannya..dan saya
 syukur dengannya

begitulah kita ciptaan NYA..hanya Allah lah jua yang tahu apa jua
yang sebaiknya untuk diri kita ini..bersyukurlah dengan apa yang kita ada
 kerana janji Allah barang siapa yang bersyukur akan ditambahi nikmatnya

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ
Terjemahan
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),
maka pasti azab-Ku sangat berat.”
surah ibrahim ayat 7

berdamailah dengan taqdir..dan bersangka baiklah dengan masa
hadapan (wallahua'alam)

Tuesday, December 7, 2021

MAKNA BAHAGIA

 apa maksud bahagia?

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan


Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran
Terima kasih putera aiman buat lirik lagu HAKIKAT BAHAGIA ni... Bila rasa down atau tak puas hati saya akan baca lirik ni..semoga saya menjadi orang yang bahagia

Thursday, May 6, 2021

TUJUAN HIDUP DAN GELISAH

 Statistik covid-19 semakin meningkat..hari-hari hati risau..risaukan anak, risaukan suami, risaukan ibu bapa..risau kalau dijangkiti macamana, kalau saya mati sebab covid ,macamana, kalau itu..kalau ini.. dalam kerisauan jumpa ceramah ustaz azhar idrus

merawat kerisauan hati 

dengar ceramah ni macam kelakar tapi sangat banyak betulnya..apa yang saya risaukan ...banyak yang saya risaukan mana lebih banyak dengan nikmat Allah yang saya ada. risau yang tak berpenghujung bukan boleh selesaikan masaalah covid ni..saya tiada kuasa atas masaalah ini. hanya Allah sahaja yang berkuasa dan mengatasi segalanya. saya dah usaha jaga SOP, saya dah berdoa(dan terus berdoa) Moga Allah lindungi diri saya dan orang lain dari penyakit ini. selebihnya saya boleh serah pada Allah sahaja. sebaiknya saya gunakan masa untuk berfikir tentang perkara yang merisaukan itu dengan berzizkir dan berfikir tentang kebesaran Allah. 

tujuan hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah. tenanglah dan redha lah. Dunia ini bukan tujuan tapi satu perjalanan..ia pasti akan ditinggalkan samaada saya setuju atau tidak. Semoga saya terus  tidak putus berzikir dan berusaha membuat perkara yang berada dalam kemampuan saya yang boleh menjadi bekal saya kembali kepada Allah. Ya Allah jauhkanlah hati saya dari terus mencintai dunia..jadikanlah saya mencintaiMU Allah melebihi segalanya..aamiin


Cara Menghilangkan Kesedihan Masa Lalu dan Ketakutan Masa Depan | ceramah ustadz abdul somad 2021

Tuesday, March 30, 2021

PANDEMIC COVID 19 BANYAK IBRAH KEPADA MANUSIA

 Masih lagi seluruh dunia sibuk dengan isu pandemic..masih lagi bekerja dari rumah, belajar dari rumah, ramai yang diberhentikan kerja, ramai jugak yang membina perniagaan. Satu benda bila kita lihat benda tu musibah pada satu kelompok tapi kadangkala ia rahmat buat yang lain. Betapa Allah maha kuasa..DIA tau apa yang terbaik untuk hambanya. Teruskan bersyukur dengan apa yang ada kerana Allah dah janji kalau kita hambanya bersyukur dia akan tambahkan lagi nikmat. Sabar dan terus sabar kerana dalam musibah akan ada janji yang indah. Tak semua masaalah boleh diselesaikan. Ada masaalah yang diberi hanya untuk dihadapi, bukan untuk diselesaikan. Jangan cari kekurangan kerana kalau dicari ia pasti jumpa, carilah kelebihan, Allah maha baik..Teruskan perjalanan selagi nafas masih ada.

Monday, December 24, 2018

Wajah Kesayangan Hamba



Dah lama tak berjumpa rindu rasa hati inginku bertemu denganmu..

Jauh mereka datang ..abah yang susah nak keluar rumah tu akhirnya cair dengan pujukan mak..nak jugak dia ikut datang rumah aku buat kali ke -2.. tu pun dengan perjanjian 2 hari je pastu nak balik..
Sepanjang kat rumah asyikla sebut apa kabor ayam ngan kucing tu x makan agaknya..huhu sabo je la

Terima kasih buat kakak sayang yang sudi drive sorang2 bawak mereka ni kerumah aku..love u alwayz..dan paling best kiter berjaya bawak abah makan kat restoren..yang memang dah lama plan nak belanja abah makan mahal2 sikit..keluar dari menu biasa dia(asam pedas/ikan kering/telur dadar)
sayu hati tengok mak ngan abah makan . Rasa puasnya dapat berbelanja untuk mereka...Entah bila lagi kita dapat rasa saat ini... Moga Allah berikan kesiihatan berpanjangan, dijauhkan dari penyakit berat, diampunkan segala dosa,.dan dimasukkan ke syurga kelak...aaaamin. x boleh nak tulis panjang2 lagi..pedih mata..uhuk2..