CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Thursday, December 9, 2010

MASALAH YANG SEMAKIN PARAH




sobahalkhair..pepagi ni aku bukak metro..humm hampir setiap hari ada sahaja cerita kebejatan sosial remaja..antaranya

mahu jual anak dalam perut
sawan ketika di tangkap khalwat
hakim syariah bersekedudukan

masalah disini bukan sahaja remaja yang dikatakan kurang matang malah golongan professional juga terlibat..macamana la tak rosak umat islam kita..setiap hari ada sahaja cerita2 begini..aku andaikan pegawai yang tangkap orang berkhalwat ni pun dah jemu jelak agaknya..bagaimana lah agaknya jika 10 tahun lagi keadaan anak
remaja kita agaknya..sekarang ni pun bagaikan sudah tiada rasa malu..melakukan maksiat terang-terangan apa tah lagi jika dibiarkan 10 tahun lagi..nauzubillah..

pentingnya pihak bertanggungjawab menyekat punca yang membawa kepada perbuatan zina ini supaya ia dapat dibendung..Budaya hedonisme ini lah puncanya..
contohnya rancangan idola kecil..aku sangat tak setuju..kecil2 lagi kanak2 sudah kita dedahkan pada keseronokkan..menyanyi.berlakon..memakai pakaian yang mendedahkan aurat...bercampur gaul lelaki perempuan..menyebabkan kanak2 itu berfikir perkara itu adalah betul. bila diteruskan tanpa bimbingan..kanak2 ini akan membesar menjadi remaja yang cintakan hiburan lebih dari agamanya..kemudian akan menjadi dewasa yang masih lalai..yang cintakan dunia..yang kemudian melahirkan pelapis yang juga begitu..bagaimana nanti dengan agama kita? sesungguhnya agama itu pencegah kepada kemungkaran..bila berkata begini pasti akan ada yang menyoal "alah..orang pakai tudung litup pun buat maksiat"..disinilah kita sama2 kena kaji kenapa ia berlaku..seolah2 tiada beza antara yang baik dan jahat..

apapun agama jualah penyelesaiannya..tiada lagi yang terbaik kerana agama itu nasihat..yang memberi petunjuk manusia kepada kebenaran..
buat ibu bapa yang mempuanyai anak sebagai amanah..peganglah tanggungjawab ini sebaiknya kerana suatu hari nanti ketika kita menghadap pencipta kita aka disoal tentang apa yang telah kita laksanakan didunia..dunia ini adalah sementara jika hanya dihabiskan masa untuk berseronok..apalah pula yang akan kita bawa ketika berjumpa pencipta kita nanti..takkan lah duduk didunia berpuluh-puluh tahun pulang dengan tangan kosong?..renung-renungkan dan selamat beramal..

2 comments:

Unknown

dari kecik kite kene tunjuk mende yg baik..
anak2 akan ikut apa yg diorang nmpk...

aku la...

yeee..aku setuju itu..

Post a Comment