CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Thursday, January 27, 2011

Buat Pengajaran diriku sendiri..


Sobakhalkhair...arigato gozaimas..selamat pagi..buat semua kengkawan.beru-baru ni ada dengar topik pagi kat hot pasal pendapatan blogger yang boleh mencecah belasan ribu ringgit sebulan..dalam pada tu adalah macam2 komen pendengar..ada yang kata tak suka sesetangah blogger ni suka tulis pasal harta benda yang dia ada..macam menunjuk2 katanya..itu kata dia..tapi ada pula yang kata blog dia sukati dia la nak tulis apa2 pong..heheheh..macam2 kan manusia..
apapun pendapat peribadi aku..sebagai blogger muslim..kadangkala kita kena hati2 dalam penulisan blog ni supaya kita terpelihara dari saham2 maksiat atau fitnah..beberapa tips yang aku rasa patut kita amalkan dalam berblog ni antaranya
1) bersederhana dalam penulisan
-katalah citer pasal diri sendiri tu hati2lah..kadang2 niat kita cuma nak kongsi apa yang kita ada..tapi orang fikir..dia ni nak tunjuk bagus la tu..nak tunjuk kaya lah tu..dan kadang2 mungkin tanpa sedar timbul riak dalam hati kita dengan apa kelebihan yang kita ada. hati2 ya kawan2 riak ini adalah antara syirik kecil dan syirik adalah antara dosa yang tidak diampunkan..nauzubillah, mudah2an Allah jauhkan kita dari perkara ini

2) menjaga rahsia rumahtangga
-buat para suri kadangkala kita x sedar apa yang kita ceritakan itu adalah rahsia rumahtangga..sedangkan menjaga rahsia rumahtangga adalah perkara wajib..dan jangan lupa juga meminta izin para suami andainya cerita itu menyentuh isu rumahtangga atau diri anda..kerana isteri adalah tanggungjawab suami..

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

3) memastikan sumber berita yang hendak disebarkan
-"Wahai orang-orang yang beriman ! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita , maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya)sehingga kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan" (al-Hujurat:6)
silap haribulan takut apa yang kita publish tu x betui..jadila plak fitnah..takpasal2 dapat saham dosakan..

4)tidak mengaibkan orang lain
kadang2 benda tu memang betul2 tapi kalau kita cerita akan mendatang kan aib pada orang yang kita ceritakan..jadinya eloklah dielakkan. ataupun dibimbangi cerita tu membawa contoh yang tak baik pada orang lain..menyebabkan pembaca fikir ia suatu yang boleh dibuat.

5)memastikan apa yang kita tulis dapat memberi manfaat pada orang lain
“Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalan baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga mereka kekal didalamnya selama-lamanya. (yunus:26)”
setakat ni je lah perkongsian ilmu yang saya tau buat hari ini..harap2 dapat memberi manfaat buat sahabat sekalian dan untuk peringatan diri saya sendiri .saya hanyalah insan biasa bukan seorang ustazah/ustaz..namun apa yang saya tau ingin juga saya kongsikan terpulanglah kepada yang membaca..
pernah ahli sufi berkata" lihatlah apa yang disampaikan dan bukan melihat siapa yang menyampaikan",
dan antara pesan luqman-al hakim kepada anaknya " Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu."

sesungguhnya islam itu mudah janganlah menjadikannya susah, dan islam itu indah dan janganlah mencacatkannya..


0 comments:

Post a Comment