CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Wednesday, October 3, 2012

AKTIVITI HUJUNG TAHUN


Hujung tahun dah nak menjelma..masing2 kira bajet ada yang merancang nak bercuti nak abiskan cuti hujung tahun..kebanyakan yang ada simpanan mula kira2 baki hujung tahun kalau ada pelaburan kira berapa dividen..ada satu perkara yang sesetengah kita terlupa..hujung tahun ni boleh la kira zakat ye..
bukan apa sekadar nak mengingatkan..zakat tu WAJIB hukumnya..kalau tak buat sekarang nanti dah mati susah pulak . so elok la mula mengira..bagi yang dah buat potong gaji bayar zakat pendapatan tu tahniah..ooo kalau ada naik gaji semak2 la balik amaun yang dipotong tu..kot 2 la tu gaji 2 tahun lepas..tiba masanya untuk update..heheh . untuk kira zakat anda atau mendapatkan ilmu lebih lanjut berkenaan zakat  sila 2 lah melawat laman zakat ni (untuk negeri selangor)  . ok sekian ilmu untuk dikongsi..selalu kena ingat dalam harta / rezeki yang kita dapat ada bahagian untuk orang miskin..so berzakatlah untuk menyucikan harta dan membantu orang yang memerlukan. bak kata kawan aku (mira).."ko keluar duit bayar zakat nanti Allah ganti lagi banyak"..hehehhe..selamat beramal


sapa yang bz boleh bayar online disini(untuk warga selangor sajalah ye)



FIRMAN allah SWT: Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (al-Baqarah: 43)
Manakala dalam surah yang sama pada ayat 261 bermaksud: Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah. Adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siap yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

0 comments:

Post a Comment