CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Wednesday, June 5, 2013

KEGEMBIRAAN SEPANJANG PERJALANAN KEHIDUPAN

"Sekalipun sudah berada di jalan yang benar, tetapi apabila kita berhenti berjalan, kita akan digilis dari belakang. Ya, hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh. Berbuat baik itu adalah tugas selama-lamanya, sampai bila-bila."http://genta-rasa.com/2013/06/05/buat-baik-selama-lamanya/

Membaca pengalaman penulis ini membuatkan saya terasa seperti memahami perasaan wanita itu..Bila satu peristiwa terjadi pada saya..bila susu dibalas tuba..bila saya rasa saya x bersalah tetapi mengapa saya dihukum oleh manusia yang dengki..Duka bersarang bila duduk sendiri, bila berfikir mengapa terjadi begini, kenapa saya, saya dah ikut apa yang agama suruh, kenapa orang yang ingkar agama tu x pulak diuji begitu?

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" Al-Ankabut: 2

terus terang perasaan marah itu hadir, saya nak doakan supaya orang tu dihancurkan kerana perbuatan dia pada saya..namun tiba2 tersedar..siapa aku nak berkata begitu?. Nabi Muhammad, dibaling dengan najis, dihina , tapi x pernah mendoakan keburukan. Nabi yunus seorang nabi, tapi ditelan dalam perut ikan, x pulak dia kata saya nabi saya mesti dibebaskan, malah dia berdoa

 "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." Surah Al-Anbiya' : Ayat 87 "

Siapa saya nak mendoakan pembalasan untuk orang lain. Allah sendiri dah bagitau itu adalah dibawah kuasanya
       “Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.” –(Surah az-Zalzalah ayat 7-8)"

saya tersedar dari lamunan dendam. perlahan2 saya bangun dan kembali berjalan menyelusuri jalan kehidupan. "keikhlasan adalah disepanjang jalan kehidupan. Andai saya sudah merasa tidak ikhlas bermaksud saya telah berhenti berjalan. " saya kembali merenung seperti orang selalu kata. saya orang baik sebab itu saya diuji. saya terfikir kalau begitu mengapa susah2 nak jadik baik kalau hasilnya menyakitkan. istighfar lagi..Allah janji ganjaran bukan seperti yang kita bayang, mungkin bukan seperti yang kita mahu.

        "Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sangat baik bagi kamu (sementara) yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui." [al-Baqarah, 2:216]

dan pagi tadi saya dgar di radio ikim ustaz berkata kita jangan sekali ada prasangka. minta selalu supaya Allah beri kita hati yang tiada prasangka. tapi ada berhati2. sangka yang baik2 sahaja. kerana dari sangkaan itulah sesuatu terjadi.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak
sumber:-http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=mal&ID=1537
semoga Allah terus memberi kekuatan iman pada saya untuk terus menghadapi ujian hidup didunia ini. saya selalu merasa dunia ini sangat singkat. saya harap dalam tempoh yang singkat ini saya melakukan yang terbaik seperti yang Allah dan Nabi Muhammad mahukan. Saya belum betul2 baik seperti saidina umar sedang beliau telah dijanji syurga beliau masih berkata:

“Andai kata diumumkan bahawa seluruh manusia memasuki syurga kecuali seorang, maka aku tetap rasa tidak selamat. Aku risau yang seorang itu adalah Umar Al-Khattab”
Tapi saya akan terus berusaha untuk menjadi baik. seperti kata bijaksana..Jalan kesyurga sentiasa dipenuhi ranjau dan duri manakala jalan keneraka sentiasa dihiasi keseronokan, nafsu dan keindahan duniawi..sabarlah wahai hati. bertahanlah. berdoalah semoga aku dapat menjadi jiran rasulullah dan puteri baginda disyurga nanti amiiiin

0 comments:

Post a Comment