CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Monday, July 14, 2014

Makanan Semasa Berpantang

Saya nak sambung kisah berpantang . masa 2 minggu berpantang, menu masakan berasaskan,kukus , grill , panggang, rebus...huhuhu..sayur sawi putih rebus, pagi petang..sampai satu tahap xleh telan dah. nak nangis pon ada...pastu mak bagi cuba ayam masak kicap + lada hitam tanpa goreng ayam tu..kalau istilah jawa(ungkep). dapat la rasa sikit.makan ayam  ni lepas 2 minggu bersalin sbb masa tu luka tempat baby keluar dah kering.  Alhamdulillah kali ni luka cepat kering. dengan izin Allah selepas amalkan pati kunyit, uncang cuci hebaneka nonaroguy, ubat cuci hospital, dan minyak hebaneka nonaroguy. Sepanjang 2 minggu saya hanya makan ikan tertentu sahaja(cencaru, kerisi, haruan,selar).Sayur plak sawi putih dan pengaga masak rebus,,sawi tu ok lagi pengaga rebus tu mmg x boleh belah la..paksa telan macam nak muntah..huhu tapi gagahkan juga.. air pon hanya air kopi buat peneman masa minum air akar kayu..kalau xde air kopi mmg x boleh la nak telan air kunyit dengan air akar kayu tu. pahit sungguh. masuk minggu ketiga saya dah try minum air sirap..tapi pastu perut kembung..x sambung minum dah. pastu try kordial rutbir..alhamdulillah lepas. heheheh apa pun masa berpantang ni tipsnya pada saya kita kena cuba sikit2..rasa sikit dulu. tgok respon badan . kalau negatif jangan teruskan. itu tandanya badan anda masih belum boleh terima makanan tu. Begitu juga dengan aktiviti berat. sebolehnya elakkan mengangkat benda berat. sebab kedudukan peranakan masih belum naik sepenuhnya. sangat bahaya jika ia terturun semula . boleh menyebabkan pendarahan. disinilah pentingnya berbengkung. tempoh berpantang pada hujung-hujung(44/45 hari) adalah hari yang mesti diambil perhatian kerana hari ni kalau x jaga betul boleh bentan..saya dah cuba.buat kja berat masa hujung berpantang,(angkat bakul baju yang dah basuh)  lepas tu terus demam urat. jadinya kena hati2 sentiasa. Lagi satu ais dan air sejuk memang x dibenarkan sama sekali..boleh jadi demam urat. air minum mesti suam. Itulah kisahnya menu berpantang saya..hehehe apa pun ayat Beauty is Pain memangle betul ..hahahahha.ok jumpa lagi di lain entry. Selamat berpuasa.

0 comments:

Post a Comment