CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Wednesday, October 29, 2014

MERANCANG KELUARGA (PENCEGAH KEHAMILAN)-FAMILY PLANNING

Bismillahirrahmaanirrahim.
Saja nak kongsi cerita pasal topik diatas. he..ada orang suka ada orang x suka nak cerita. terpulang. ada orang kata buat apa nak dihalang..mengandung dan beranak je..selagi ada rezeki Allah bagi.. tu semua pendapat masing2 dan bergantung kepada persediaan emosi, fizikal, dan material . Buat saya kemampuan tenaga , mental dan material membuat saya memilih untuk merancang keluarga. kaedah yang saya gunakan adalah suntikan. Suntikan yang saya ambil adalah dalam tempoh 3 bulan sekali. nama suntikan tu "DEPO PROVERA" . ia telah saya ambil semenjak melahirkan anak pertama lagi. setelah anak pertama berusia 3 tahun lebih saya berhenti. untuk memberi laluan mengandung anak kedua. dan sejurus sebulan selepas melahirkan anak kedua saya ambil ia semula.

Sakit?!! heheheh ye semasa disuntik ia sakit. huhuhu sakit la woiiii kena cucuk kat punggung..huhu. tapi demi keselamatan . saya gagahkan jua. antara kesannya kepada saya adalah tidak period dan badan naik. setakat ni survey dgan kawan2 yang ambil suntikan kesan naik berat badan tu memang sama untuk mereka. tapi ada yang period cam besa. pernah saya tanyakan pada doktor jika saya tukar kepada kaedah IMPLANTS. kata doktor kesannya akan sama seperti suntikan. cuma tempohnya lebih panjang dan x perlu lah nak kena suntik secara berkala. pernah terfikir nak makan pil tapi x percaya pada diri sendiri takut lupa makan.huhu nahas....Dan satu lagi simptom yang saya rasa adalah tekanan darah rendah. tak pasti sebab ambik suntikan ni atau memang masalah badan. so caranya ambil supplement seperti habbatussauda. untuk membantu kecerdasan diri. dan untuk mengelakkan badan terus membesar bagai juara..kena la kawal makan dan bersenam. setiap sesuatu benda ada kelebihan dan kekurangan. Ini salah satu cara yang saya pilih. x tau pula orang lain. kalau sudi mehlah kongsi pengalaman dengan saya...

0 comments:

Post a Comment