CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Friday, January 28, 2011

IBU kena kuat Semangat!! KUAT!!


Malam tadi adam tdo x lena..merengek2 je..bagi susu pun x diam..x tau dia nak ape..jadinya aku pun tdo macam kena renjatan letrik..tgah2 lena tkejut..adeii..ganti lampin pon x boleh nak mendiamkan beliau..stress2..aku mengeluh jek.."tdo laaa adammm mak esok nak keja"...jap lagi " Eh! adam ko ni nak apa?! asyik merengek je"..huuhahaha lihatlah betapa x sabarnya aku..huhuhu..pagi ni aku google..nape dia jd cam tu dalam pada tu jumpa forum susu ibu.com..ada luahan seorang mummy ni

"Saya ni kira macam single parents juga on weekdays kerana suami saya bekerja di sebuah negeri belah pantai timur sana manakala saya di hampir di selatan tanahair. Suami akan hanya pulang bila cuti hujung minggu dan selebihnya dihari-hari bekerja, hanya tinggal saya dan dua orang anak yang masih kecil. Semasa mengandungkan anak pertama sahaja suami bertugas di daerah yang sama manakala semasa mengandungkan anak ke-2 saya hanya sendirian dengan anak sulung.

Saya tak dapat mengikuti suami bekerja di pantai timur sana kerana saya bekerja swasta dan syarikat tiada cawangan di tempat lain manakala suami pula bekerja kerajaan dan tidak pernah tetap bertugas di satu-satu tempat melebihi 2 tahun. Selepas dapat anak kedua dan selepas habis berpantang hati saya amat berat nak kembali bekerja kerana faktor berjauhan dengan suami. Bukanlah saya ini jenis yang tak boleh bercenggang dengan suami tetapi tanggungjawab sudah 2 kali ganda. Mana nak bekerja, uruskan rumahtangga tanpa helper, nak mengasuh anak dan menyusukan bayi sepenuh masa. Ini semua amat menekan jiwa saya. Namun saya masih belum cukup kuat untuk berhenti kerja memandangkan keadaan kewangan kami dan komitmen terhadap hutang rumah, kereta dan pinjaman pelajaran. Saya percaya para ibu bekerjaya diluar sana pun melalui perkara ini kan.

Jadi seawal pagi sebaik celik mata lebih kurang pukul 5.30 saya akan mula masak nasi dan lauk. Sebahagiannya saya bawa sebagai bekal ke tempat kerja sebagai packed lunch dan selebihnya saya simpan untuk makan malam nanti. Ini kerana setiap kali sebaik saja pulang kerja dan sampai rumah anak sulung saya akan minta nasi. Biasanya saya akan sampai di rumah dalam pukul 6 lebih, memang tak sempat nak prepare dinner. Waktu ini amat kritikal kerana masa inilah si kakak akan merengek nak makan nasi, si adik pula merengek minta dipegang. Dalam letih penat itu saya perlu mandi dan siap utk solat maghrib pula. Biasanya sebelum ambil anak2 saya akan singgah di masjid dlm perjalanan dan solat asar kerana kalau saya ambil mereka dulu, alamat asar saya diakhir2 waktu baru dapat ditunaikan. Jadi dalam masa yg amat terhad ini saya berkejar2 melakukan segala yang perlu dilakukan – basuh botol, masak air, basuh baju, layan si kecil, siapkan makanan si kakak, uruskan dia ke toilet dll lagi. Kadang2 si kecil mood dia baik, dapatlah saya aman sikit mandi, solat maghrib dan makan malam. Tetapi kadang2 mood dia tak berapa baik, he’ll give me tough time. Pernah satu masa saya berasa sangat lapar tapi sikecil tak mahu tidur walhal sudah dimandikan dan disusukan, hanya merengek dalam buai. Jadi sambil tangan kiri enjut buai, tangan kanan suap nasi. Di awal2 dulu saya pernah suap nasi kuahnya bercampur airmata.

Saya make it a point untuk masuk tidur awal, seawal jam 9 malam. Biasanya selepas solat isyak saya akan layan si kakak sikit2 yang termampu – ajar ABC, alif ba ta atau 1,2,3 atau sambil pangku adiknya saya layan sikakak main cipta kreativiti dengan mainan Lego. Alhamdulillah sekarang si kakak sudah pandai main sendiri – bina bangunan, buat kapalterbang atau tangga dari bongkah lego. Saya berikan dia buku dan dia sudah pandai melakar lakaran2 mudah dan paling menggembirakan dia sudah pandai mengenal huruf dan menulis sendiri ABC dan nombor meskipun tak sempurna mana. Atleast dia dah kenal huruf dan dapat membezakan huruf2 dan nombor2 tersebut. Masa saya sangat terhad, jadi 10-20minit yang ada itu sangat berharga dan hasilnya dapat saya lihat bila dia sudah dapat mengeja yang mudah2. caranya saya bentang suratkhabar dan kenalkan dengan huruf2 yang bercetak besar atau headlines. Saya berasa gembira dengan pencapaian dia considering that she only stays with babysitter and does not go to any kindi or nursery yang mana ada melatih kanak2 mengenal huruf dan belajar.

Jam 9 malam saya bawa anak2 masuk tidur walaupun kakak kadang2 belum mengantuk lagi tapi saya biasakan juga. sambil nak melelapkan mata saya pasangkan kaset juz amma atau yaasin atau kaset zikir pasal saya jarang dapat mengaji kerana suntuknya masa, at least saya biasakan telinga anak2 dengar bacaan2 ayat-ayat suci sambil mereka nak melelapkan mata. Saya dah praktikkan ini sejak dari si kakak bayi lagi dan hasilnya sekarang ini tiap kali nak tidur di rumah dia akan ingatkan saya,” mama, pasangla tape atuk mengaji tu, kakak nak dengar”.

Biasanya saya akan tidur untuk 1-2 jam saja hingga anak2 lelap. Selalunya saya kuncikan jam untuk bangun semula sejam kemudian. Masa inilah saya akan kutip semula mainan lego si kakak, susun kertas2 or buku2 yang disepahnya. Masa ini juga saya akan basuh kain, kemas dapur, siapkan bahan2 utk masakan esok, barang2 sikecil untuk ke rumah pengasuh atau lipat kain, iron satu dua pasang baju kerja. Biasanya juga saya akan selesai dalam 1-2 jam. Sebelum tidur saya akan minum 1 mug susu suam dan by 12.00 saya mesti masuk tidur semula. Inilah rutin saya boleh dikatakan setiap hari. Kadangkala berubah juga rutin ini kiranya saya terlalu penat. Saya tidur awal tapi bangun lebih awal untuk bersiap dan mengemas. Alhamdulillah Allah telah memberikan kekuatan dan semangat untuk saya melalui semua ini. Saya selalu pujuk diri saya that ada orang lain kat luar sana yang lebih sukar melalui hari-harinya dpd saya. Jadi saya patut bersyukur atas kudrat yang Allah berikan pada saya. Sebab itu susah macamana pun saya tetap nak meyusukan bayi saya selama yang mungkin dan bagi saya ianya merupakan satu kepuasan dapat melakukan semua ini takat yang saya terdaya.

Oleh itu para ibu di luar sana, come on, we can do it!! With patience and perseverance, InsyaAllah we can do it – being a working mother, juggling career and family and at the same time breastfeeding our baby full time!!"
ayakk..baguihnya..tapi kan bila dah terdesak..suma boley jadik kkan..aku mmg tabik spring la mummy ni..n dia akan aku jadikan contoh bila aku menghadapi masalah ni..semoga kisah dia menjadi cth untuk ibu2 lain..untuk yang tak kawin lagi pun boleh mengambil semangat ibu nih..
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. al imran :110"

4 comments:

-m@zs-

masita garangnye ko...

aku la...

bukan garang..tegas..hehe

aisha

untung ada anak kan..yg blom ada anak ni dgr jek la citer2 org yg ada anak dgn prangai anak msg2..
bg yg dh ada anak, prangai anak kdg2 bley mnaikkn nafsu amarah..tp bg yg xde anak ni, nafsu amarah tu timbul pd ibu bapa yg xpndai bsabar dgn karenah anak2..emmm..

aku la...

humm..tu lah serikandi..masing2 kita ni ada ujian tersendiri..selagi belum totop mata..ada je benda nak fikirkan..apa pun alhamdulillah..buat apa yang ada sekarang..Allah maha tahu apa yang sesuai untuk hambanya..jangan sedih2 ye..insyaAllah ada rezeki tu nanti..;)

Post a Comment