CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Monday, April 11, 2011

hati2..kepada pemegang akaun semua bank(cth maybank2 u)

pagi ni aku dapat email seperti diatas..tau dah tipu + aku xde pon akaun maybank..heheh silap la encik tipubank tu hantar kat aku kan...bila klik link dia pi ke
link http://wannacatchup.com/wordpress/wp-content/themes/maybank2uonline/M2ULogin.html
ni cara nak bezakan betul atau tak..kalau laman yang ori alamat dia adalah
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/onlineBanking.do?programId=OB-OnlineBanking

so hati2 lah kepada penerima email..jangan mudah2 nak percaya pada email2 ni..selalunya kalau bank yang betul dia takkan antar melalui email...so jika anda dapat mana2 email dari mana2 bank sila telefon dulu bank berkenaan untuk buat kepastian..jangan main klik submit je ye..seperti kes kawan kita kat bawah ni

"
KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.

Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.
Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.

“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.

“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.
“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya."
(baca lagi)
p/s: tak salah nak gunakan IT untuk urusan bank tapi pastikan anda tau bila anda ditipu..hehehhe

0 comments:

Post a Comment