13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja
wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain
tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan
yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan
dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis
(jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat
Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan
itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya
akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,
iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan
dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An
Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di
bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang
membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat
Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka
Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)
Monday, May 23, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment