CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 4, 2011

Petua Demam Campak

Masa Adam demam campak nilah macam2 petua aku dapat dari orang tua ke muda ke macam2.

Kat sini aku nak berkongsi petua2 yang aku dapat selama aku menjaga adam demam campak nih.

PETUA YANG PERTAMA
Minum air kelapa muda yang ori (tak campur ais ngan air gula). Memang tak de kajian saintifik mengenai petua ni. Hanya petua orang tua. Katanya air kelapa muda nih nak bagi semua campak tu klua cepat. Aku penah tanya Dr. pasal nih katenye "no harm trying".

PETUA YANG KEDUA
Daun Bambu. Daun ni gunenya supaya mengelakkan rasa gatal pada badan. Katenye diletakkan bawah tempat tidur. Aku tak try petua ni sebab aku tak tau camne rupenye DAUN BAMBU tuh.

PETUA YANG KE TIGA
Jauhkan anak daripada dapur ketika hendak menggoreng sesuatu. Petua ni katenye mengelakkan anak terasa gatal atau sakit2. Aku ikut je petua ni. Masa aku masak aku letak Adam kat luar.

PETUA YANG KEEMPAT
Pakaikan anak dengan baju2 yang lembut bg mengelakkan anak terasa gatal. Baju melayu atau baju kurung pompuan selalnye pakai material yang lembut ni bole bg anak pinjam sat. Aku tak ikut pon petua nih sebab baju aku ngan mak nye macam kain cadar besonye so pakai cam besa jela.

PETUA YANG KELIMA
Jangan dimandikan. aku tak taula petua ni betui ke dak sebab aku tanya Dr. die soh mandikan untuk kawal suhu anak. Orang2 tua plak cakap janagan dimandikan cuma lap2 je badan dengan kain basah. aku ikut petua ni sebab mak mentua aku soh. Die kata kalau da klua semua baru bole mandikan. Ape2 pon "NO HARM TRYING" so terpulangla....

PETUA YANG KEENAM
Gunekan Daun Cermai. Petua ni agak berkesan jugakla bagi mengelakkan rasa gatal2. Petua ni mak mentua aku yang buat... handmade tuh. cara2 nya...... daun cermai tu di blender dengan beras yang telah direndam dahulu dan sedikit air. Buat pekat2 sket pas tu lumurla kat badan anak tu. pastikan tak de bahagian yang terlepas termasuk diatas kepala. Bile dah kering mandikan anak tu. Baunye memang kurang enak sket. besala ubat..... Aku sarankan korang yang ade kene demam campak supaya cuba petua ni.... insyallah.

PETUA YANG KETUJUH
Tepung Sagu/Tepung Ubi. Ade cite klaka pasal petua ni. Adela makcik kat opis aku nih gtau aku supaya sapukan badan anak dengan tepung sagu supaya anak sejuk dan kurang gatal. Aku pon dengan cargas g la kedai sebelah umah aku tuh. nak beli tepung sagu. Die kate tepung sagu tak de jarang orang beli. Aku pon g la beberapa kedau runcit len cari tepung sagu ni tapi mmg susah nak dapat. Adela pakcik kedai ni gtau aku se tau die budak kene demam campak ni kene sapu ngan tepung ubi dan rupe2nye hari ini baru aku tau yang tepung sagu dan ubi tu adalah 2 benda yang sama. Tension je aku. Aku tak try petua ni sebab mak mentua aku dah lumur anak aku ngan ubat buatan tangannya sendiri yang ternyata lebih mujarab huhuhuhu.......

PETUA YANG PENGHABISAN
SABAR, DOA DAN TAWAKAL. Setelah mencuba berbagai2 petua diatas jgnla lupe 3 bende ni yee..... Memang banyak dugaan masa nih.... tgk anak pon sedey. Yang penting 3 bende nih jangan lupe..... insyallah kalau kite tak lupekan Die Insyallah Die pon tak lupekan kite......

chaiyok.... chaiyok......

*semua petua diatas hanyalah sekadar ingin membantu kawan2 yang akan mengalami masalah ini. Apa2 pon jgn lupa untuk berjumpa dangan Dr. untuk dapatkan kepastian. Terpulang pada kengkawan yang nak cube petua ni ke tidak.

Selamat mencuba dan renung2 kan
assalamualaikum.

by: Abah Adam

0 comments:

Post a Comment