CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Thirty Thirty in New York
Powered by Best Free Counters

Friday, July 4, 2014

KISAH BERPANTANG SENDIRI

Alhamdulillah pada 2 April 2014 saya selamat melahirkan anak kedua lelaki. syukur kami berdua dalam keadaan sihat dan selamat. berpantang kali ini saya dirumah sendiri memandangkan anak yang sulung dah masuk taska dan semakin lasak. x sanggup nak berpantang dengan nya yang sangat aktif dikampung . tambahan lagi mak dah semakin berumur dah tak selasak dulu. 2 minggu pertama mak datang dari kampung membantu menjaga saya. Kali ni memang azam nak pantang betul2. taknak macam anak 1st dulu banyak lompat2. selepas 5 hari  bersalin saya mula minum pati kunyit dalam hampir 7 hari pada pagi sebelum sarapan . Manakala air akar kayu  saya panjangkan hampir sebulan . 2 kali sehari pagi dan malam.  berbengkung pula saya x gunakan yang moden . saya guna cara tradisional iaitu kain yang dijahit panjangnya hampir 7 meter (sebab badan saya debab skit). sebelum berbengkung sapu limau nipis + kapur pada perut. balut dengan kain buruk. kemudian baru pakai bengkung tersebut. gigih jugakla belajar sampai expert cara ikat bengkung tu. dalam 2 minggu alhamdulillah perut berjaya dikempiskan (banyak jugakla beza). bengkung tu saya pakai sepanjang saya nifas siang malam. kadang2 kalau malas melilit pakai girdle je sebelah malam. tujuannya benda ni supaya badan x masuk angin dan perut cepat kempis. Mak pon puji dia kata kali ni saya dengar kata dan ikut pantang . param pon pakai. kalau x pakai param saya sapu minyak herbaneka (nonaroguy,) sapu di dahi pinggang, perut, ari-ari , peha dan betis. minyak ni membantu memanaskan badan dari luar. akar kayu pula memanaskan badan dari dalam. alhamdulillah selepas 3 bulan cuti bersalin saya berjaya kurangkan berat 12 kilo. huhu dah naik keja ni x taula nak kata apa. x berani jamin. sbb keja pon duduk je.harap jangan la naik lagi..aminnn. lagi satu tip nak turun berat cepat dan cepat kecutkan peranakan(rahim) adalah breastfeed anak sekerap yang mungkin. ni memang sangat membantu. Air kunyit tu pun dia mencepatkan pengecutan rahim dan mengeluarkan darah nifas lebih cepat. lepas minum biasanya saya akan rasa seperti senggugut kemudian darah kotor akan keluar lebih banyak . ni akan jadikan darah nifas cepat kering  dan tak la berlanjut hingga 60 hari .(saya 35 hari je ). humm bercampur-campurkan cerita. sebab nak cepat.takut lupa nak simpan kenangan berpantang sendiri di blog ni..ok ada masa saya sambung lagi..

2 comments:

iera

Pasal air kunyit tu memang iera tak tau langsung sebelum ni.lepas 40 hari pantang anak ke dua baru ada org tolong bgth.huhuhuhu..rugi..nifas kali ni memang agak panjang gak la..
Tahniah kak mas,12 kilo tu..hebat!!

aku la...

tq iera..alhamdulillah..x sia2 jaga pantang

Post a Comment